Monday, March 22, 2010

TANGGUNGJAWAB PEMUDA HARI INI

PENGENALAN ABUL A’LA AL-MAUDUDI
Beliau dilahirkan di Aurangbad ( Hyderabad ) pada 25 September 1903M. Pada mulanya ia
bertugas sebagai wartawan muda yang sangat aktif.
Ketika baru berusia 17 tahun, beliau telah pun menjadi ketua akhbar harian “Taj“ dan kemudian menjadi ketua 'Al-Jami'ah', salah satu akhbar harian Islam yang paling berpengaruh dan dikenali pada awal kurun ke 20 di India. Pada ketika usianya meningkat 26 tahun (1929M) beliau telah menunjukkan kebolehan dan kemampuannya dalam Ilmu Islam iaitu dengan menyumbangkan sebuah karya ilmiah yang terkenal 'Al-Jihad fil Islam' yang merupakan satu-satunya buku yang penting sebagai kajian dan rujukan dalam bidang ini.
Dan pada 1932M beliau telah berjaya menerbitkan sebuah majalah buletin yang bernama
“Tarjuman Al-Quran”. Majalah ini telah memainkan peranan yang hebat sekali dalam
membangkitkan semangat perjuangan Islam dalam usaha menentang penjajah dan pemerintahpemerintah
Taghut - di Benua Kecil India - Pakistan khususnya dan di dunia Islam umumnya.
Dalam tahun 1941M, dengan usahanya yang gigih, beliau telah mendirikan satu gerakan Islam
yang bernama 'Al-Jamaat Islami' yang hingga kini terkenal sebagai satu-satunya gerakan yang
sangat berpengaruh dan kuat berpegang kepada akidah Islam. Pada tahun 1948M (ketika
Pakistan diisytiharkan merdeka dari penjajah Inggeris), beliau telah ditangkap, iaitu setelah
dikeluarkan buku beliau yang bertajuk 'Undang-undang dan Perlembagaan Islam' yang
memberikan kritikan panas terhadap pemerintahan yang tidak mahu mengembalikan undangundang Islam sebagai dasar pemerintahan negara. Antara isinya kandungannya tertulis :
'Umat Islam di Pakistan pada keseluruhannya dijiwai oleh semangat dan roh Islam. Mereka bercita-cita supaya negara ini benar-benar dijalankan dengan undang-undang Islam, tetapi sebaliknya pemerintah yang menerima kekuasaan politik dari penjajah Inggeris telah mabuk dengan fikiran-fikiran dan kebudayaan sekularisma barat…….'
Setelah 20 tahun lamanya didalam tahanan, maka akhirnya beliau telah dibebaskan.
Menjelang tahun 1953M, beliau telah ditangkap lagi kerana kegiatan dakwah yang dipandang
bahaya oleh pemerintah. Kali ini beliau dijatuhkan hukuman mati, tetapi beliau diberi peluang
supaya membuat rayuan dan meminta kasihan belas dari pemerintah.
Beliau dengan tegasnya berkata :
“..saya lebih baik menyerah jiwa raga saya kepada Allah daripada mengemis kepada seseorang
pemerintah yang zalim. Jika memang Tuhan menghendaki, maka dengan ikhlas saya menyerahkan jiwa raga saya ini. Tetapi jika bukan dengan kehendakNya, apa pun yang diperbuat, mereka tak akan dapat melakukan sesuatu pun atas diriku..!”.
Dan memang benar, sesudah 26 bulan berada dalam tahanan, menjelang tahun 1955M beliau
telah dibebaskan atas keputusan Makamah Tinggi. Beliau kembali bergiat dan terus bergiat
dalam mempertahankan kesucian Agama Allah dari pencabulan manusia dan pemerintahan
taghut.
Dalam meneruskan perjuangan suci, beliau telah menyumbangkan banyak buah karya kepada
dunia Islam. Karya-karya atau buku-buku beliau tak kurang dari 60 buah, yang menjelaskan
tentang Islam dari berbagai aspek.
Buku yang berada pada tangan saudara ini ialah hasil dari ceramah beliau yang disampaikan di
Makkah pada musim Haji tahun 1381H (Mei 1962) yang kemudiannya dibukukan dalam bahasa
Arab dengan tajuknya “ واجب الشباب المسلم اليوم ” - Tanggungjawab Pemuda Islam Hari ini.
Tanggungjawab

No comments:

Post a Comment