Wednesday, September 17, 2014

CITA-CITA TINGGI

Cita-cita Tinggi Ada seorang alim bertanya anaknya, "Apa cita-cita mu?" Maka jawab anaknya, "Aku nak jadi macam ayah." Orang alim itu menangis, "Aku boleh jadi macam ni kerana cita-cita aku dulu nak jadi macam Saidina Ali RA, tapi aku tak mampu capai. Jika kau sekadar bercita-cita nak jadi macam aku, apa akan jadi pada kau?" Briged al-Qassam di Pelestin yang sangat di geruni oleh tentera Zionis Israel itu tidak lagi bergantung kepada makhluk tapi bergantung semata-mata kepada Allah. Pernah di ceritakan mereka di kepung dan terperangkap dalam kubu bawah tanah selama 21 hari, namun masih dapat hidup dengan hanya sedikit bekalan air dan tamar. Cita-cita mereka ialah akhirat bukan lagi dunia. Dalam kitab Ayyuhal Walad Imam Ghazali menyatakan, "Jadikanlah himah (cita-cita) mu dalam meningkatkan ruhani mu dan jadikan kegagalan itu pada pihak hawa nafsu mu." Ayah kita dulu orang kampung biasa. Hidup susah. Namun himah ayah ialah untuk melihat anaknya besar nanti tidak menjalani nasib susah seperti dia. Cita-cita ayah tinggi, bukan singkat. Maka ayah hantar anak bersekolah, pantau anak dengan disiplin. Kini Alhamdulillah berkat himah ayah kita 50 tahun dulu, maka anaknya berjaya jadi manusia yang faham agama dan hakikat kehidupan ini. Seseorang yang mempunyai himah yang tinggi, matlamatnya bukan dunia tetapi akhirat di alam ghaib itu. Pernah di ceritakan Imam Ali Zainal Abidin telah di cerca oleh seorang pemuda yang diupah oleh seorang kaya untuk membuatkan Imam Ali menjadi marah. Hinggakan anak murid Imam Ali cuba mengahalang pemuda berkenaan daripada menghina Imam Ali sebegitu rupa. Namun di tegah oleh Imam Ali, "Biarkan dia sehingga selesai sebut apa yang dia ingin luahkan." Setelah pemuda itu selesai menghamburkan segala kata2 nista dan cercaannya maka Imam Ali pun berkata, "Segala yang engkau nyatakan itu tadi memang ada pada diri ku ini. Bahkan apa yang tersembunyi yang tidak engkau sebutkan tadi pun ada pada diri ku ini." Pemuda itu terkedu dan terus berkata, "Maka benarlah engkau ialah seorang daripada keturunan Nabi SAW." Himah Imam Ali Zainal Abidin begitu jauh sekali dan tergambar pada reaksi dan responnya kepada pemuda itu. Sebab itu mereka ini boleh menarik manusia dekat kepada Allah. Sayangnya cita-cita dan matlamat kita singkat dan dekat. Himah yang tinggi ialah untuk mencari redha Allah. Pada hakikatnya makhluk tidak dapat bagi apa pun. Ciri-ciri orang beriman ialah memiliki matlamat akhirat, perkara ghaib, syurga, pahala dengan mematuhi perintah Allah mematuhi ajaran Rasulullah SAW. Pada situasi di puji oleh seseorang, dia tidak merasa kebaikan itu ada pada dirinya. Maka jawablah, "Ameen." Kerana tidak yakin benda yang di puji tadi ada pada diri aku, mudah-mudahan Allah kurnia apa yang di puji itu. Orang yang bodoh ialah terima sesuatu pada sangkaan seseorang, pada diri yang yakin akan dirinya. Tuan rumah lebih mengetahui isi rumahnya. Maksudnya tuan empunya diri lebih tahu hakikat sebenar dirinya. Bahawa dia sebenarnya tidak layak pun menerima pujian orang terhadapnya. Orang puji dia alim sedangkan dirinya yakin benar bahawa dirinya bukanlah alim pun. Orang puji, " Tuan ni penyabar orangnya." Sedangkan dia tahu bahwa diri nya bukanlah penyabar mana pun. Orang yang yakin akan dirinya tidak sanggup menerima pujian makhluk ke atas dirinya. Segala akhlak sabar itu contohnya adalah hasil ajaran Nabi SAW. Adakah kita rasa benar-benar alim atau sabar? Himahnya untuk dapat pujian manusia? Jawablah Ameen pada setiap pujian itu. Tidak pernah yakin mereka ada kebaikan itu. Kalau ada pun, itu datang hasil ajaran Nabi SAW. Jika tidak Nabi SAW ajar aku akhlak sabar ini nescaya aku tidak kenal akhlak sabar ini. Lihat sesuatu yang ghaib, harap habuan daripada Allah, cinta Allah. Jadikan kegagalan itu di pihak hawa nafsu mu. Ada kisah seorang ulama. Suatu pagi dia berhajat untuk makan roti dan telor. Maka dia menaiki kapal untuk mencari roti dan telor. Asbab wajahnya yang mirip seorang penyamun wanted list, maka orang ramai telah menangkapnya dan memukulnya tanpa belas kasihan. Dia tidak melawan sehingga menerima 70 pukulan sehingga ada seorang pemuda yang mengenali ulama ini dan menyatakan bahawa beliau bukan penyamun seperti di sangkakan tetapi seorang ulama besar (kalau tak silap namanya Abu Buraq al Ansafi}. Pemuda tadi telah membawa ulama tadi ke rumahnya untuk di rawat dan berehat. Pemuda itu telah menghidangkan ulama itu roti dan telor. Ulama tadi merenung hidangan itu, "Makanlah wahai nafsu, setelah badan mu di pukul 70x." Dia nampak Allah pada setiap kejadian seolahnya Allah menegur bahawa engkau keluar rumah mencari roti dan telor itu kerana melayan nafsu mu dan lupa kepada Allah. Ada seorang ulama (kalau tak silap bernama Abu Hemal as Kalani) ingin makan ikan siakap, maka dia pun masuk ke sebuah restoran dan memesan makanannya. Tika hendak menjamah hidangan ikan siakap itu, jarinya sudah tercucuk tulang ikan itu. "Ya nafsi, kau tengoklah aku nak makan rezki yang halal, tapi aku buat sesuatu mengikut nafsu maka Allah segera menegur aku." Bagaimana agaknya Allah hukum kepada sesuatu perkara yang haram? Seorang perempuan berkahwin dengan orang kaya. Apakah dia sekadar mahu kekayaan orang itu sahaja? Atau di ingin keberadaan bersamanya suaminya? Jika bercinta dengan seseoarang sudah tentu kita ingin berjumpanya secara nyata. Bukan hanya bertemu di dalam mimpi atau dalam whatsapp sahaja. Jika cintakan Rasul SAW maka bercita-citalah untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW di akhirat nanti. Lakukan segala sunnah dan ajaran Rasullah SAW dalam kehidupan di dunia ini. Ini tidak? Bercita-cita bertemu Rasulullah SAW dalam mimpi pun tidak? Himah yang tinggi, cita-cita yang jauh ke depan hingga ke akhirat sana. Nafsu sifatnya ialah mencapai lazat dengan segera. Maka jadikan kegagalan itu di pihak hawa nafsu mu. Maksudnya kehendak hawa nafsu ini mesti di lawan. Pabila terjaga mendengar azan subuh di laungkan di surau berdekatan, nafsu menyuruh tangan menarik selimut. Usahakan supaya hawa nafsu itu menemui kegagalan. Bangkit dari katil, bangun ke bilik air dan bersiap ke surau. Lawan nafsu tadi. Jadikan kegagalan itu milik nafsu. Allah bagi dunia bagi orang yang dipilihnya. Tidak semua orang mendapat dunia. Rugi kalau kita tidak termasuk dalam kumpulan itu, sedangkan kita bertungkus lumus mengejar dunia hingga tidak upaya untuk ke masjid, leka daripada amal ibadah. Dunia melepas, akhirat juga melepas. At least orang yang yang dalam kumpulan dunia tadi dapat dunia yang di carinya walaupun tersiksa di akhirat nanti. Bila manusia dapat kenal kaca? Iaitu bila pecah gelasnya. Allah akan bersama dengan hati yang fakir, hati yang kebergantungan hanya kepada Allah. Selagi ada aku aku aku punya, maka selagi itu hati akan terhijab dari mengenal Allah. Bila hati pecah maka baru kenal Allah. Kaya ini milik Allah. Diri ini milik Allah. Rumah ini milik Allah. Sihat ini milik Allah. Semuanya Allah Allah Allah. Aku Aku Aku itu ialah permainan syaitan laknatullah yang sepanjang masa akan menyesatkan manusia daripda taat kepada Allah. Sebagai kesimpulan daripada posting yang saya garapkan daripada satu sesi kuliah subuh yang di sampaikan oleh guru saya Ust Hafizi Husin semalam, perkasakan ruhani kita dengan melawan dan tidak melayan kehendak dan kerenah hawa nafsu, dengan cita-cita yang bukan dekat atau singkat tetapi jauh menjangkau ke alam ghaib iaitu alam akhirat yang menjanjikan kehidupan yang kekal abadi itu. Semoga perkongsian ini ada manfaatnya.

Tuesday, May 27, 2014

BERILAH SEEKOR IKAN KEPADA KUCING APA SALAHNYA!

Muhasabah diri. Kena banyak hidupkan sunnah Nabi. Barang siapa hidupkan sunnah Nabi di kala rusaknya umat Nabi, ganjarannya seumpama pahala 1,000 orang mati syahid. Simpan janggut bagi lelaki itu sunnah Nabi, maka hidupkan sunnah Nabi ini. Pakai kasut mula dengan kaki kanan. Bukak kasut mulakan dengan kaki kiri. Hidupkan sunnah Nabi. Orang Yahudi telah hidupkan sunnah dengan mengamalkan memakan habattus saudah, madu dan susu kambing. Tapi kita orang Islam macamana? Rasanya kita selalu mengalami pengalaman bila tengah makan di restoran atau kat kantin syarikat, tiba2 datang kucing bergesel di kaki sambil mengiau. Kenapa tu? Kerana dia lapar. Macam kita jugak. Apa tindakan anda? Menempis dengan tangan? Menyepak dengan kaki atau biarkan saja? Ramai yang kesian dan memberi kucing itu sisa makanan atau tulang2 ikan. Yang lebih afdal sebenarnya ialah membeli seekor ikan goreng, mungkin harganya RM2 seekor dan sedekahkan kepada kucing itu supaya dia dapat lunch atau dinner dengan kenyang. Niat sedekah RM2 itu kepada kucing tadi kerana Allah. Semoga sedekah ikan kepada kucing itu mendapat nilaiannya di sisi Allah sebagai sedekah anda yang ikhlas. Think about it and just do it. Allah bagi rezki RM5,000 sebulan. Takkan lah nak sedekah RM2 kepada seekor kucing yang kelaparan itu pun rasa berat. Jangan kufur nikmat. Takut nanti Allah tarik balik nikmat itu. Kalau rajin bersedekah maka Allah akan gandakan lagi rezki kita insyaaAllah. Hari2 kita mari masjid. Pernah ajak tak jiran kita mari masjid? Ajak itu ialah dakwah. Dia mari ke tak mari itu bukan kerja kita. Tapi jangan jemu ajak. Jangan sekali ajak pastu bila tiada sambutan terus berhenti mengajak. Ajak berterusan. Kapalterbang MH370 hilang daripada radar dan gagal di kesan hingga ke hari ini, sudah masuk dua bulan kehilangannya tanpa khabar berita. Kapalterbang hilang daripada radar kenapa kecoh? Orang Islam hilang daripada radar Islam kenapa tak kecoh? Radar kita ialah al-Qur'an dan Hadis Rasulullah. Jalan kita ialah taqwa. Orang Islam hari ini sangat ramai hilang daripada radar dan gagal di kesan. Nabi yang maksum solat malam sampai bengkak2 kaki. Nabi yang maksum istighfarnya 1,000 kali sehari. Kita pulak bagaimana? Relax sahaja sedangkan kita tidak maksum, banyak maksiat dan dosa. Kalau di Padang Mahsyar besok kita begitu mengharap syafaat Nabi, rasa2nya ada harapan tak? Muhasabah diri. Kena banyak hidupkan sunnah Nabi, kalau benar kita mengharap syafaat Nabi tika tiada pertolongan lain di kala manusia dihimpun di Padang Mahsyar yang penuh derita itu. Sunnah besar Nabi ialah menyampaikan dakwah menyeru manusia ke jalan Allah. Sifat wajib bagi Nabi ialah siddiq (benar), amanah (jujur), fatonah (bijak) dan tabligh (menyampaikan). Lelaki haram pakai rantai logam. Bagitau anak2 muda kita perihal larangan Allah ini. Ramai lagi di luar sana wanita dan lelaki yang tidak menutut aurat. Aurat bukan kes kecil. Isu aurat ini boleh lekat kes di mahkamah Allah dan menjadi asbab seseorang di heret ke api neraka Allah. Jangan pandang mudah. Syabas dan tahniah kerana telah dipilih Allah untuk duduk di majlis2 ilmu. Kenapa tak bawak sekali anak2 dan isteri? Itu nafkah batin untuk mereka sebenarnya. Makanan ruhani. Jangan menumpukan kepada nafkah zahir dan makanan jasad semata. Jangan fikir nafkah batin itu sekadar persetubuhan suami isteri sahaja. Memberi pendidikan fardu ain kepada anak2 dan isteri itu hukumnya wajib. Jika ada majlis ilmu fardu ain dan kita tidak hadir tanpa uzur syarii (emergency) maka hukumnya berdosa. Jangan main2. Menuntut ilmu agama itu wajib bagi setiap batang tubuh seorang muslim. Maksudnya suami wajib menuntut ilmu agama, isteri wajib menuntut ilmu, setiap anak2 pun hukumnya wajib menuntut ilmu. Ilmu Allah terlalu luas. Allah telah mengutuskan 313 Rasul dan 124,000 para Nabi untuk menyampikan ilmu Allah kepada umat manusia seluruh dunia. Bilangan malaikat pula sebanyak bilangan pasir di pantai dan mereka tidak pernah mati. Pasanglah niat mulai hari ini, "Aku nak menuntut ilmu agama." Sentiasa beri peringatan untuk diri sendiri bahawa menuntut ilmu itu wajib. Semoga mati kita dalam menuntut ilmu. Syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan ini. Berusha kuat untuk gandakan amalan kita ini bagi mencapai makam taqwa. Taqwa ini ialah bekalan terbaik yang akan dibawa mengadap Allah nanti. Setiap yang hidup akan mati. Beza mati kita bukan macam mati itek, ayam, lembu atau kambing tetapi mati seorang manusia itu ialah permulaan hidup baru yang kekal abadi selamanya. Akhirat itu forever tanpa penghujungnya. Dunia ini sebagai tempat persinggahan untuk ke Akhirat. Allah uji kita di dunia ini. Allah larang sedikit sahaja. Sedangkan yang Allah tak larang, tu dia sikit punya banyak. Allah larang anjing, babi, judi, zina, arak. Tugasan manusia ialah sebagai khalifah di muka bumi ini. Menjadi ketua yang hidup selepas Nabi SAW, beramal akan sunnah Nabi dan menyampaikan sunnah Nabi. Definasi sunnah mengikut bahasa ialah jalan. Solat pula ialah doa, dan pada definasinya ialah sesuatu perbuatan atau perlakuan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan memberi salam mengikut syarat2 yang tertentu. Jangan sombong dengan Allah. Wajib duduk di majlis2 ilmu. Allah bagi undang2 siap dan lengkap untuk manusia ikuti. Hudud ialah satu ketetapan bukan satu pilihan yang boleh di buat main. Kita terima Islam tapi secara sebahagian, tidak total. Kena patuh segala perintah Allah baru jadi total dan menyeluruh. Terdapat kira2 1,000 ayat perintah di dalam al-Qur'an. Wajib sokong hudud. Kita bukan buat suka2. Ada dalilnya. Sesiapa yang tidak sokong hudud boleh jatuh murtad. Sunnah utama ialah menuntut ilmu. Hukum menuntut ilmu agama itu wajib. Supaya kita faham agama. Ilmu kena dengar, hayati dan fahami. Amal dan sebarkan. Menutut ilmu ialah sunnah wajib. Pabila sudah faham ilmu dan maknanya, maka sedekah ikan kepada kucing bernama Pak Tam itu bukan perkara pelik lagi. Kerana sedekah itu ialah perlakuan orang beriman yang faham dan menghayati agama dalam kehidupan.

Wednesday, May 7, 2014

HIDUPKAN SUNNAH WAHAI PEMUDA

Wednesday, April 9, 2014

IMAM MUDA IMAM II MASJID ASSALAM TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH !

H
usnul khootimah. "Betulkan sof. Penuhi sof di hadapan. Rapat2kan sof. Rapatkan bahu tuan2 agar Allah rapatkan siratulrahim antara kita. Solatlah seumpama ini solat yang terakhir buatmu." Menjadi rutin ungkapan Ustaz Haqim, Imam-2 Masjid as-Salam setiap kali mengimami solat fardu. Satu lagi yang menjadi amalannya ialah tidak tinggal membaca ayat Qursi setiap kali bersama zikir selepas solat. Ustaz Haqim juga tidak banyak bicara dan sentiasa murah dengan senyuman. Nama penuh beliau ialah Muhammad Haqimuinuddin Bin Hamzah. Perwatakannya lembut dan disenangi ramai. Bila berdepan dengan tohmahan atau tuduhan orang yang kritikal terhadapnya, dia masih mampu tersenyum. Bacaannya sangat baik terutamanya tika membimbing jemaah dalam bacaan surah Yaasin atau surah al-Mulk beramai-ramai. Begitu juga tika membimbing kuliah maghrib membaca Kitab perihal alam barzakh, Ustaz menutur kata dengan teratur, lembut dan straight forward hingga tersentuh hati2 yang menjiwainya. Di surau al-Mutaqqin kuliah Ustaz Haqim yang terakhir ialah berkenaan pengurusan jenazah. Semalam Allah menjemput Ustaz Haqim pulang ke rahmtullah pada pukul 12 tgh di usia 28 tahun, meninggalkan seorang isteri, dua orang anak kecil, ribuan anak murid, saudara mara, sahabat dan taulan. Perginya pada usia yang masih muda, begitulah kalau sudah dikasihi Allah. Arwah terlantar koma selama 9 hari di ICU Hospital Sg Buloh setelah ditimpa kemalangan jalanraya tika dalam perjalananan ke Masjid as-Salam untuk solat fardu zohor. Arwah mengimami solat fardu subuh di masjid pada paginya. Antara tanda kematian yang husnul-khootimah ialah pertama bilangan yg ramai untuk solat jenazahnya, kedua bila percakapan yg baik2 oleh orang ramai perihal arwah. Kedua-dua ciri ini ada pada arwah Ustaz Haqim. Ribuan orang mula memenuhi masjid as-Salam selepas zohor sejak berita tersebar tentang kepulangan arwah ke rahmatullah. Arwah di mandi dan dikafankan di Hospital Sg Buloh oleh gurunya Ustaz Hazri Hashim. Jenazah tiba di masjid sekitar pukul 5:30 ptg. Saya kira ada 18 sof muslimin dan 3 sof muslimah yang mensolatkan jenazah. Kemudian para jemaah beratur untuk menatap wajah Ustaz Haqim buat kali terakhir di sebalik lilitan kafannya. Perjalanan 5 km van jenazah ke tanah perkuburan berlepas pada pukul 6:23ptg. Arwah selamat di semadikan di tanah perkuburan Bukit Sentosa dengan penutup bacaan talqin dan doa oleh Ustaz Wan Mohd Shamsuddin, Ustaz Hazri Hashim dan Ustaz Abd Aziz Lutfi menjelang azan maghrib berkumandang. Allah telah muliakan Ustaz Haqim. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya dan memberi kehidupan yang selesa buatnya sepanjang berada di alam barzakh itu. Seorang lagi ulama' muda ahli syurga yang sukar di cari ganti selamat pergi menemui Illahi. Kita yang masih hidup ini bagaimana? Ya Allah berkati sisa usia kami ini dan hidupkan kami dalam iman dan matikan kami dalam iman dengan kematian yang husnul khootimah.

Sunday, April 6, 2014

CINTA MENUNDUKKAN HATI

Cinta Menundukkan Hati Siapa kita yang melayakkan untuk dapat kasih Allah? Kita manusia yang cukup hina dengan maksiat dan dosa. Bila Aisyah RA bertanya kepada Rasulullah SAW perihal kenapa Rasulullah SAW begitu bersungguh-sungguh melakukan ibadah? Maka Rasulullah SAW menjawab salahkah aku menjadi manusia yang bersyukur kepada Allah? Siapa kita? Orang yang tidak pernah tambah ibadahnya. Orang yang jarang benar bangun untuk solat malam. Orang yang liat benar untuk puasa melainkan puasa Ramadan. Berapa ramai orang walaupun sudah tua yang masih tidak kenal masjid hingga ke saat ini? Masih sibuk dengan proposal dan kertas kerja mengejar projek itu dan ini. Kita orang yang banyak dosa. Tanya diri. Berapa kali kita beristighfar hari ini? Tahukah kita rukun2 dan syarat2 taubat? Tahukah kita rukun2 solat? Tahukah kita syarat2 sah pada setiap rukun solat itu? Begitulah taubat, punyai syarat2 pada setiap rukunnya. Asalnya kita kena usha, ikhtiar dan mujahadah supaya dapat masuk kategori yang layak mendapat kasih sayang Allah. Tapi lemah benar kita ini, sentiasa gugur oleh panahan nafsu dan imarah apatah lagi godaan syaitan. Langkah berikutnya ialah dengan menumpang barokah orang2 soleh. Ibarat menempel dengan orang2 soleh. Kerana kita boleh muhasabah dan nilai kualiti amal ibadah kita yang lemah itu. Mana pergi hati kita tika solat itu? Kita mohon pada Allah sekurang-kurangnya 17 kali setiap hari dalam 17 rakaat solat2 fardhu kita, "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat." Siapa orang2 yang telah Allah bagi nikmat ini? Itulah para solihin, shuhada dan para ambiya yang begitu kasih kepada Allah dan Rasulullah SAW melebihi kasih kepada makhluk yang lain. Kita minta untuk menumpang mereka ini di jalan yang lurus menuju redha Allah. Apakah mampu menjadi seperti seorang perempuan Ansar (Madinah) yang begitu kasih kepada Rasulullah SAW hingga tidak ambil peduli kematian suaminya, bapa, anak2 dan adik beradiknya yang gugur syahid di medan perang kerana begitu risau perihal nasib yang menimpa Rasulullah SAW. Baginya semua musibah yang Allah uji itu kecil sahaja kecuali musibah yang menimpa Rasulullah SAW. Maka selayaknya perempuan Ansar ini di kasihi Allah. “Jika Allah SWT mencintai seseorang hamba, maka Jibril berseru, “Sesungguhnya Allah SWT mencintai Fulan, maka cintailah dia!” Maka para penghuni langit mencintainya, kemudian dijadikan orang-orang yang menyambutnya di muka bumi.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) “Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, Allah Yang melimpah-limpah rahmatNya akan menanamkan bagi mereka Dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.” (Surah Maryam:96) Begitulah besarnya cinta Allah. Namun bagaimana caranya untuk kita meraih cinta Allah, cinta yang hakiki nan abadi? terdapat tiga alamat besar tanda cinta seseorang kepada Allah iaitu: Banyak mengingati pada yang dicintai, membicarakan dan menyebut namanya. Apabila seseorang itu mencintai sesuatu atau seseorang, maka sudah tentu beliau kan sentiasa mengingatinya di hati atau menyebutnya dengan lidah. Oleh yang demikian, Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya agar sentiasa mengingati-Nya dalam apa keadaan sekalipun sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Al-Anfaal:45) Tunduk pada perintah orang yang dicintainya dengan ketaatan yang tidak berbelah bahagi. Firman Allah : “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (A’li Imran:31) Mengutamakan Allah dan Rasul lebih dari keutamaan yang lain, Firman Allah: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).(at-Taubah:24) Maka dapatlah kita simpulkan bahawa cintakan Allah dan Rasulullah SAW itu bukan hanya dengan lafaz semata-mata. Cinta itu hendaklah diterjemahkan dalam seluruh aspek kehidupan sehingga seorang yang benar-benar cintakan Allah dan Rasul menjadi insan taat dalam kehidupan bersyariat. Bahkan mereka tidak senang dengan setiap pelanggaran terhadap syariat yang telah diturunkan oleh kekasih yang mereka cintai iaitu Allah. Mereka juga tidak akan mengkhianati cinta mereka dengan mengabaikan hak kasih kekasih mereka iaitu Rasulullah SAW. Cinta mengumpul dua insan yang tidak pernah kenal. Semua yang jadi penghalang akan di atasi. Semua tidak diendahkan lagi kerana cinta. Cinta itu menundukkan hati untuk patuh taat kepada yang di cintai. Ya Allah aku zikir tapi hatiku lalai. Teruskan zikirmu. Para sahabat cintakan Rasulullah SAW melebihi cinta kepada diri sendiri, maka ikutlah jalan ini supaya terpilih oleh Allah untuk kasih. Moga2 kita mendapat taufiq Allah, dibimbing Allah dan dipimpin untuk hampir kepada Allah dan di kasih oleh seluruh penduduk langit dan bumi.

Sunday, January 26, 2014

PASUKAN PEMUDA ASSALAM MENYERTAI KEJOHANAN FUTSAL REMAJA ANTARA MASJID

Alhamdulillah Masjid Assalam sedia dan telah membuka ruang selain aktiviti ibadah malah dalam aktiviti riadah untuk kesihatan dan mengujudkan ukhuwah antara remaja masjid dengan remaja masjid yang lain amat dialu-alukan. Minggu ini remaja dan pemuda anak-anak kariah Masjid AsSalam telah memberi peluang dan galakkan bermain futsal dalam kejohanan Futsal Belia Masjid Daerah Hulu Selangor anjuran Unit Pengurusan Masjid Daerah Hulu Selangor pada 26/1/2014.Dilaporkan Pasukan mewakili Masjid AsSalam dalam perlawanan pertama telah mengalahkan pasukan Masjid Batangkali 2 : 0 manakala perlawanan ke 2 kalah kepada Masjid Soeharto 0:5 dan kalah perlawanan ke 3 dengan Masjid Sg, Buaya 1:3

Friday, January 10, 2014

JADILAH SEBAGAI ORANG ATAU MANUSIA !

Allah nilai keikhlasan amal seseorang. Allah tak terima amal orang yang tak ikhlas. Maka berikan yang terbaik. Habil anak Nabi Adam telah mempersembahkan seekor binatang peliharaannya yang paling sihat dan gemuk sebagai korbannya dan Allah telah menerima korbannya itu. Berbanding dengan persembahan korban Qabil yang bermutu picisan. Jika kita ingin bersedekah atau menderma maka berilah yang terbaik dengan ikhlas, bukan menggunakannya sebagai peluang untuk clear stor. Kita beri barang yang kita tak nak? Seolahnya tidak ikhlas dengan Allah. Bantu orang susah dengan barang baru bukan barang 2nd hand. Bantu duit tiada masalah kalau nak bagi duit 2nd hand keran nilainya masih tetap sama. Kita derma kepada anak yatim itu pada hakikatnya kita beri kepada Allah. Maka pastikan ikhlas dan beri yang terbaik. Tujuan amal ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah, untuk mendapatkan redha Allah. Allah terima doa daripada orang2 yg bertakwa. Abu Darda RA berkata kalau aku solat dan aku rasa Allah terima, itulah yang paling baik daripada seisi dunia. Orang bertakwa ialah orang yang memberati amal dia Allah terima. Rajin2lah berdoa, "Ya Allah, tolong terima amal aku ini." Bukan semua amal Allah terima. Justru kenalah beringat dengan amal yang kita buat dan gantung harap agar Allah terima. Persoalan amalnya diterima atau tidak diterima menjadi perhatian yang amat diambil kira bagi orang yang beriman. Cuba perhatikan segala nikmat yang Allah kurniakan. Nescaya tidak terhitung banyaknya. Nikmat makan nikmat buang air nikmat tidur. Macam2 nikamt ada. Semua ini adalah asbab untuk kita mengenal Allah. Kerana Allah pemilik segalanya ini. Kita tidak miliki apa2. Semuanya Allah punya. Kekayaan yang ada hanya wasilah bukan matlamat. Akal juga wasilah untuk mengenal Allah. Allah hiasi manusia dengan akal free of charge. Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan kamu tidak mengenal sesuatu pun. Sebijak mana pun manusia melalui akal yang hebat tidak boleh mengatasi Allah. Setiap produk atau teknologi ciptaan manusia akan pasti ada kelemahan dan kekurangannya. Bijak mana pun sekadar kurniaan Allah. Membuktikan adanya Allah dan hebatnya Allah. Islam mengalakkan umatnya jadi orang kaya. Orang kaya dapat keluarkan zakat. Jangan seperti Qorun iaitu seorang pengikut Nabi Musa yang mintak nak kaya tapi bila kaya lupa Allah, angkuh mengatakan kekayaan aku ini milik usaha kuat aku. Akhirnya Qorun dimusnahkan bersama hartanya ditelan bumi. Manusia berlumba nak kesenanagan, berangan-angan nak dapat apa yang Allah beri pada Qorun. Orang kaya bantu orang miskin. Orang miskin kena kerja dengan orang kaya. Usah bergantung kepada kerajaan, bantu-membantu. Kekayaan yang ada mesti diagih untuk kepentingan bersama. Nak sambung kerja sampai umur 60 tahun sebab nak bayar hutang yang belum habis-habis. Itu tak kena. Kamu tolong Allah nescaya Allah tolong kamu. Hiduplah berpada. Usah berhutang lagi. Cuba lihat sistem sekolah anak2 kita. Masuk kelas pukul 1:00 tgh. Tak sempat solat zohor lagi sebab zohor masuk pukul 1:23 tgh. Ada cikgu mintak budak2 pergi solat zohor? Ada kawan saya membekalkan sejadah dalam beg anaknya supaya dapat solat dalam kelas. Bila dia tanya cikgu kenapa tak suruh budak2 ni solat, cikgu tu menjawab, "Kita wajibkan untuk pelajar2 darjah empat ke atas." Balik sekolah pukul 6:00 ptg. Kalau balik naik bas sekolah, dah maghrib baru sampai rumah. Ada solat asar? Itulah hakikatnya betapa anak2 kita majoritinya tidak solat pun. Sepatutnya sistem sekolah ni kena atur awal2 lagi soal solat ini. Sebagai bapa kena perhatikan, kalau anak aku ni tak jadi orang maka berhentikan daripada sekolah itu dan hantarlah belajar di sekolah2 tahfiz. Apa maksud anak aku tak jadi orang? Maksudnya anak aku tak solat. Itu tanda anak dah tak jadi orang. Kenapa teruskan dalam satu sistem yang tidak menjadikan anak kita seorang orang. Seorang hamba Allah yang taat pada Penciptanya. Kena betulkan awal, kalau terlambat payah untuk melentur anak2 kita ini. Allah bagi ilmu. Ilmu yang paling besar ialah taat pada Allah. Ingat kita ini sakit pun mati, tak sakit pun mati, sihat pun mati, tak sihat pun mati. Kena nilai balik. Bukan tunduk kepada makhluk tetapi tunduklah kepada Pencipta makhluk. Makhluk dapat kurniaan Allah, maka tunduk kepada pemberi kurniaan. Pastikan sebelum mati, dapat masuk syurga dulu. Iaitu pastikan taat kepada Allah. Bagi orang yang beriman, dia tidak pelik dengan kekayaan Qorun. Orang beriman lebih tenang tengok isterinya, lebih tenang tengok anak2nya yang taat kepada Allah. Makin tua makin nak beribadah makin rasa tenang. Berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabarann. Jadi orang yang beriman dan beramal soleh. Kekal di jalan yang lurus menuju redha Allah. Jadi orang. @@@