Tuesday, December 31, 2013

AMBANG 2014

Ambang 2014 Bagaimana pencapaian anda pada tahun 2013? Puas hati, kecundang lagi atau aiman tak kisah. "Saya tak pernah sambut tahun baru. Saya juga tak pernah set azam tahun baru," kata Zul kawan seofis saya. "Saya nak buat, maka saya buat, tidak perlu pasang azam tahun baru," tambahnya lagi. Pasang azam tahun baru ini maknanya ada niat atau ada rancangan untuk buat sesuatu pada tahun baru nanti. Yang lebih afdal ialah di tulis atau dipahatkan supaya jelas apa perancangan itu. Yang utama lagi ialah usha atau perlakuan untuk menjayakan apa yang di rancangkan itu. Maka pada penghujung tahun sebegini bolehlah di muhasabah balik. Apakah aku ini hanya pandai tanam azam tapi gagal membajainya, menjaganya, dan menuai buahnya. Analisa yang masing2 boleh buat sendiri. "Saya nak lihat satu sahaja sebelum saya memejamkan mata saya sebelum mati iaitu negara kita ini mengamalkan sistem ekonomi Islam," tiba-tiba Zul bersuara lagi. "Sebabnya sistem ekonomi yang kita ada ini ialah berdasarkan riba. Kita kena buang penggunaan matawang kertas ini kerana kewujudannya itu pun adalah berlandaskan riba. Pakar ekonomi sudah menyatakan bahawa nilai matawang kini akan berkurangan berbanding dengan nilai terdahulu, justru untuk mengimbangi nilai berkenaaan maka nilai tertentu mestilah di tokok tambah. Inilah dia kadar faedah atau bunga atau riba itu," jelas Zul dengan sebaiknya. "Kalau nak buat sesuatu kena ada perancangan dan keikhlasan dalam perlaksanaannya," kata saya. Yang penting pihak berkuasa kenalah merancang untuk melaksanakan sesuatu inisiatif itu dan berusaha gigih untuk mendidik masyarakat, menyediakan segala kemudahan dan sistem infra bagi melaksanakannya pada sesuatu jangkawaktu yang ditetapkan. Contoh kita akan laksanakan sistem ekonomi Islam sepenuhnya di negara ini pada tahun 2020. "Sebab itu kita kena bagi peluang Kerajaan yang mahu melaksanakannya untuk memerintah negara," kata Zul. Dengan kata lain Zul cuba menjelaskan Kerajaan sedia ada tidak bercadang untuk melaksanakan apa yang dia hajati tadi. Fahamlah saya. Saya teringat kisah perlaksanaan hukum hudud di Brunei. Ia sudah di istiharkan sekitar beberapa tahun lepas oleh Sultan Brunei untuk melakasanakan hukum hudud di Brunei. Maka perancangan teliti telah di buat termasuklan memberikan pendidikan dan kesederan kepada rakyat, penyediaan modal insan, sistem penguatkuasaan, struktur infra dan kumpulan sokongan bagi kejayaan perlaksanaannya menjelang masa yang telah ditetapkan. Bila tiba tarikh sasarnya maka perlaksanaan dapat di lakukan dengan jaya. Maknanya langkah pertama ialah kena ada iltizam yang kuat, perancangan, pendidikan, persediaan dan perlaksanaan. Kita lihat di Malaysia ada tak perancangan untuk implemen undang2 Hudud ini? Jawapannya agak jelas iaitu tidak. Bila ditanya kenapa tidak dilaksanakan hukum hudud? Maka jawapan standardnya ialah, "Kita belum bersedia." Jika di tanya 20 tahun akan datang soalan yang sama, saya hampir pasti jawapan yang sama akan tercetus. Kerana hakikatnya tiada rancangan pun nak laksanakannya. Kalau ada sudah tentu pihak pemerintah akan menghebahkan supaya orang ramai tahu kita nak laksanakan sistem Hudud pada tahun sekian-sekian sebagaimana yang berlaku di Brunei itu. Sesuatu ibadah itu bermula dengan niat. Pada setiap tahun baru (walaupun tahun masehi) sangat afdal untuk menyediakan azam baru atau niat atau rancangan untuk dilaksanakan. Tanpa perancangan semuanya menjadi samar dan berlaku secara kebetulan atau ad-hoc sahaja. Bagi saya tidak salah untuk memasang azam tahun baru. Malah dapat menyumbang pahala jika di niatkan kerana Allah atau untuk mengikuti sunnah Rasulullah. Saya bertanya seorang kenalan, "Apa azam tahun baru?" Dia menjawab, "Nak jadi lebih baik." Saya kata itu general sangat. Sepatutnya kena lebih terperinci. Contohnya jadi baik dengan banyak sedekah ke tabung masjid, kalau tahun 2013 dulu sedekah RM2, maka tahun 2014 ini saya azam sedekah RM3. Contoh lain mungkin kita berazam untuk belanja kawan makan sekali seminggu menggantikan sekali setahun sekarang ini. Ustaz Hazwan dari Darul Ulum tempoh hari ada menyebut dalam kuliah maghribnya bahawa kita membuat sesuatu yang harus atas niat kerana cintakan Rasul kerana ia adalah perlakuan Rasul contohnya makan nasi, minum air, mandi, tidur dan sebagainya maka kita akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah. Sangat utama lagi untuk mengambil berat segala hadis Rasulullah. Turuti sunnah Rasulullah pada setiap hukum-hakam, perbuatan, atau laranganya. Solat sunat sebelum subuh itu lebih besar daripada dunia dan seisinya. Maka afdal sangat untuk tanam azam baru untuk melaksanakan solat sunat sebelum subuh itu. Mendirikan solat berjemaah di sof pertama itu sangat tinggi nilainya di sisi Allah. Maka janganlah kita tengok saja, berushalah untuk mara ke depan mendirikan solat di sof pertama itu. Melebihkan orang lain dalam urusan ibadah itu, hukumnya makruh. Sebaliknya mendahulukan orang lain dalam urusan dunia, hukumnya sunat. Kita kadang tidak perasan kerana pahala ini tidak nampak dek mata kasar. Bila nampak? Di Akhirat nanti. Di Akhirat pahala kita akan di imejkan. Baru tau banyak atau sedikit, besar atau kecil saiz nya. Segala amalan2 sunat hendaklah diushakan semaksima mungkin. Ibarat orang berniaga tentu mahu untung besar. Segala amalan sunat tadilah keuntungan besar kita semua di Akhirat nanti. Jarang orang berniaga sekadar nak balik modal. Kita buat segala amalan2 yang wajib pada hakikatnya sekadar nak balik modal sahaja. Apatah lagi bila meninggalkan amalan2 wajib itu maka hakikatnya anda menuju rugi besar dalam perniagaan anda tadi. Ibadah solat witir itu Nabi tidak pernah tinggal. Menunjukkan betapa utamanya ibadah ini. Maka sebagai salah satu azam tahun baru sangatlah bermanfaat untuk menjadikan solat sunat witir ini sebagai salah satu perkara rutin harian. Hukum solat witir ini ialah sunat muakad iaitu ibadah yang sangat dituntut dan ditekankan. Nabi suruh buat, maka kita buat. Bagi perkara2 harus, berushalah untuk memasukkan ciri2 yang mengikut sunnah Rasulullah supaya ada nilaian pahala di sisi Allah. Jangan pula sampai menyalahi sunnah Nabi contohnya menyakiti orang. Tika ibadah haji atau umrah ramai yang berebut untuk mencium Hajarul Aswad. Hukum menciumnya sunat. Tapi yang ramai terlepas perkiraan ialah berebut2 hingga menolak atau menyiku orang kerana mengejar untuk ke depan Hajarul Aswad sebenarnya sudah jatuh kepada benda haram iaitu menyakiti orang. Maka berjaga-jagalah daripada melanggar apa-apa larangan Nabi. Sekiranya mentaati Nabi maka kita akan mendapat petunjuk. Pernahkah atau mampukah orang mengikut cara hidup Nabi? Pernah dan boleh. Para sahabat dan ulamak terdahulu sudah mebuktikannya. Kisah2 Nabi dan orang soleh banyak di ceritakan dalam Al-Qur'an untuk kita contohi dan ambil iktibar. Tanamlah azam yang menjurus kepada menjadi manusia yang beriman dan bertakwa. Itulah yang membezakan kaca dengan permata. Ingatlah mati dan jangan terlalu cinta dunia. Hakikatnya segala yang kita miliki ini hanya pinjaman semata daripada Allah SWT. Hakikat hidup sebenar yang kekal abadi ialah di Akhirat nanti. Dunia dijadikan Allah untuk manusia, namun manusia dijadikan untuk Akhirat. Bijaksana jangan sekadar bijaksini. Selamat menyambut tahun baru 2014.