Saturday, November 13, 2010

PEMUSNAH AMALAN

ثلاث مهلكات : شح مطاع و هوى متبع وإعجاب المرء بنفسه

Maksudnya : Tiga pemusnah (amalan), kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, dan merasa agung dan hebat dengan diri"

(Riwayat Al-Bazzar & At-Tabrani, Hadis Hasan : Albani )

Ulasan Hadith:

  1. Hadith di atas menerangkan tantang perkara-perkara yang boleh menjadi pemusnah atau mencacatkan segala amalan baik yang telah dilakukan selama ini iaitu, sifat bakhil, sentiasa mengikut kehendak hawa nafsu dan merasa diri hebat dan tidak ada tandingan.
  2. Cabaran dan ujian datang dalam bentuk yang pelbagai. Bagi yang beramal ia datang dalam bentuk yang tersorok dan mengelirukan niat. Merasa keagungan diri adalah pemusnah amal baik yang telah diusahakan.
  3. Dalam kehidupan seharian, penyakit-penyakit seperti ini mudah menghinggapi dan tersemai dalam diri kita. Berdoalah kepada Allah s.w.t. agar ia tidak hinggap dalam hati-hati kita.
Antara punca datangnya penyakit ini adalah hasil pujian-pujian menggunung yang diperolehi. Justeru, berwaspadalah dengan orang-orang yang berada di sekeliling kita. Kadangkala mereka boleh membantu kita untuk meningkatkan amalan kebaikan dan paling ditakuti mereka membantu meningkatkan amalan keburukan kita

No comments:

Post a Comment