Tuesday, December 31, 2013

AMBANG 2014

Ambang 2014 Bagaimana pencapaian anda pada tahun 2013? Puas hati, kecundang lagi atau aiman tak kisah. "Saya tak pernah sambut tahun baru. Saya juga tak pernah set azam tahun baru," kata Zul kawan seofis saya. "Saya nak buat, maka saya buat, tidak perlu pasang azam tahun baru," tambahnya lagi. Pasang azam tahun baru ini maknanya ada niat atau ada rancangan untuk buat sesuatu pada tahun baru nanti. Yang lebih afdal ialah di tulis atau dipahatkan supaya jelas apa perancangan itu. Yang utama lagi ialah usha atau perlakuan untuk menjayakan apa yang di rancangkan itu. Maka pada penghujung tahun sebegini bolehlah di muhasabah balik. Apakah aku ini hanya pandai tanam azam tapi gagal membajainya, menjaganya, dan menuai buahnya. Analisa yang masing2 boleh buat sendiri. "Saya nak lihat satu sahaja sebelum saya memejamkan mata saya sebelum mati iaitu negara kita ini mengamalkan sistem ekonomi Islam," tiba-tiba Zul bersuara lagi. "Sebabnya sistem ekonomi yang kita ada ini ialah berdasarkan riba. Kita kena buang penggunaan matawang kertas ini kerana kewujudannya itu pun adalah berlandaskan riba. Pakar ekonomi sudah menyatakan bahawa nilai matawang kini akan berkurangan berbanding dengan nilai terdahulu, justru untuk mengimbangi nilai berkenaaan maka nilai tertentu mestilah di tokok tambah. Inilah dia kadar faedah atau bunga atau riba itu," jelas Zul dengan sebaiknya. "Kalau nak buat sesuatu kena ada perancangan dan keikhlasan dalam perlaksanaannya," kata saya. Yang penting pihak berkuasa kenalah merancang untuk melaksanakan sesuatu inisiatif itu dan berusaha gigih untuk mendidik masyarakat, menyediakan segala kemudahan dan sistem infra bagi melaksanakannya pada sesuatu jangkawaktu yang ditetapkan. Contoh kita akan laksanakan sistem ekonomi Islam sepenuhnya di negara ini pada tahun 2020. "Sebab itu kita kena bagi peluang Kerajaan yang mahu melaksanakannya untuk memerintah negara," kata Zul. Dengan kata lain Zul cuba menjelaskan Kerajaan sedia ada tidak bercadang untuk melaksanakan apa yang dia hajati tadi. Fahamlah saya. Saya teringat kisah perlaksanaan hukum hudud di Brunei. Ia sudah di istiharkan sekitar beberapa tahun lepas oleh Sultan Brunei untuk melakasanakan hukum hudud di Brunei. Maka perancangan teliti telah di buat termasuklan memberikan pendidikan dan kesederan kepada rakyat, penyediaan modal insan, sistem penguatkuasaan, struktur infra dan kumpulan sokongan bagi kejayaan perlaksanaannya menjelang masa yang telah ditetapkan. Bila tiba tarikh sasarnya maka perlaksanaan dapat di lakukan dengan jaya. Maknanya langkah pertama ialah kena ada iltizam yang kuat, perancangan, pendidikan, persediaan dan perlaksanaan. Kita lihat di Malaysia ada tak perancangan untuk implemen undang2 Hudud ini? Jawapannya agak jelas iaitu tidak. Bila ditanya kenapa tidak dilaksanakan hukum hudud? Maka jawapan standardnya ialah, "Kita belum bersedia." Jika di tanya 20 tahun akan datang soalan yang sama, saya hampir pasti jawapan yang sama akan tercetus. Kerana hakikatnya tiada rancangan pun nak laksanakannya. Kalau ada sudah tentu pihak pemerintah akan menghebahkan supaya orang ramai tahu kita nak laksanakan sistem Hudud pada tahun sekian-sekian sebagaimana yang berlaku di Brunei itu. Sesuatu ibadah itu bermula dengan niat. Pada setiap tahun baru (walaupun tahun masehi) sangat afdal untuk menyediakan azam baru atau niat atau rancangan untuk dilaksanakan. Tanpa perancangan semuanya menjadi samar dan berlaku secara kebetulan atau ad-hoc sahaja. Bagi saya tidak salah untuk memasang azam tahun baru. Malah dapat menyumbang pahala jika di niatkan kerana Allah atau untuk mengikuti sunnah Rasulullah. Saya bertanya seorang kenalan, "Apa azam tahun baru?" Dia menjawab, "Nak jadi lebih baik." Saya kata itu general sangat. Sepatutnya kena lebih terperinci. Contohnya jadi baik dengan banyak sedekah ke tabung masjid, kalau tahun 2013 dulu sedekah RM2, maka tahun 2014 ini saya azam sedekah RM3. Contoh lain mungkin kita berazam untuk belanja kawan makan sekali seminggu menggantikan sekali setahun sekarang ini. Ustaz Hazwan dari Darul Ulum tempoh hari ada menyebut dalam kuliah maghribnya bahawa kita membuat sesuatu yang harus atas niat kerana cintakan Rasul kerana ia adalah perlakuan Rasul contohnya makan nasi, minum air, mandi, tidur dan sebagainya maka kita akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah. Sangat utama lagi untuk mengambil berat segala hadis Rasulullah. Turuti sunnah Rasulullah pada setiap hukum-hakam, perbuatan, atau laranganya. Solat sunat sebelum subuh itu lebih besar daripada dunia dan seisinya. Maka afdal sangat untuk tanam azam baru untuk melaksanakan solat sunat sebelum subuh itu. Mendirikan solat berjemaah di sof pertama itu sangat tinggi nilainya di sisi Allah. Maka janganlah kita tengok saja, berushalah untuk mara ke depan mendirikan solat di sof pertama itu. Melebihkan orang lain dalam urusan ibadah itu, hukumnya makruh. Sebaliknya mendahulukan orang lain dalam urusan dunia, hukumnya sunat. Kita kadang tidak perasan kerana pahala ini tidak nampak dek mata kasar. Bila nampak? Di Akhirat nanti. Di Akhirat pahala kita akan di imejkan. Baru tau banyak atau sedikit, besar atau kecil saiz nya. Segala amalan2 sunat hendaklah diushakan semaksima mungkin. Ibarat orang berniaga tentu mahu untung besar. Segala amalan sunat tadilah keuntungan besar kita semua di Akhirat nanti. Jarang orang berniaga sekadar nak balik modal. Kita buat segala amalan2 yang wajib pada hakikatnya sekadar nak balik modal sahaja. Apatah lagi bila meninggalkan amalan2 wajib itu maka hakikatnya anda menuju rugi besar dalam perniagaan anda tadi. Ibadah solat witir itu Nabi tidak pernah tinggal. Menunjukkan betapa utamanya ibadah ini. Maka sebagai salah satu azam tahun baru sangatlah bermanfaat untuk menjadikan solat sunat witir ini sebagai salah satu perkara rutin harian. Hukum solat witir ini ialah sunat muakad iaitu ibadah yang sangat dituntut dan ditekankan. Nabi suruh buat, maka kita buat. Bagi perkara2 harus, berushalah untuk memasukkan ciri2 yang mengikut sunnah Rasulullah supaya ada nilaian pahala di sisi Allah. Jangan pula sampai menyalahi sunnah Nabi contohnya menyakiti orang. Tika ibadah haji atau umrah ramai yang berebut untuk mencium Hajarul Aswad. Hukum menciumnya sunat. Tapi yang ramai terlepas perkiraan ialah berebut2 hingga menolak atau menyiku orang kerana mengejar untuk ke depan Hajarul Aswad sebenarnya sudah jatuh kepada benda haram iaitu menyakiti orang. Maka berjaga-jagalah daripada melanggar apa-apa larangan Nabi. Sekiranya mentaati Nabi maka kita akan mendapat petunjuk. Pernahkah atau mampukah orang mengikut cara hidup Nabi? Pernah dan boleh. Para sahabat dan ulamak terdahulu sudah mebuktikannya. Kisah2 Nabi dan orang soleh banyak di ceritakan dalam Al-Qur'an untuk kita contohi dan ambil iktibar. Tanamlah azam yang menjurus kepada menjadi manusia yang beriman dan bertakwa. Itulah yang membezakan kaca dengan permata. Ingatlah mati dan jangan terlalu cinta dunia. Hakikatnya segala yang kita miliki ini hanya pinjaman semata daripada Allah SWT. Hakikat hidup sebenar yang kekal abadi ialah di Akhirat nanti. Dunia dijadikan Allah untuk manusia, namun manusia dijadikan untuk Akhirat. Bijaksana jangan sekadar bijaksini. Selamat menyambut tahun baru 2014.

Wednesday, November 13, 2013

Subhanallah ! Hijrah Sdr. Bob Lokman

Al Kuliah 4 All: Sdr. Bob Lokman (Nov. 2013):                      " Hijrah .... KU " Surau Al-Hidayah, Bukit Beruntung

Thursday, October 10, 2013

IMAN SEEKOR SEMUT , WAHAI PEMUDA MARI KITA IKUT !

Kehebatan iman seekor semut Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut, "Wahai semut , apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku"... Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya, "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?. Apakah yang engkau gemar makan dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan"... Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah"... Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong!. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa"... Itulah Iman Sang Semut... Iman kita bagaimana pula?... apakah sehebat iman Sang Semut?... Ayuh kita renungkan....dan kongsikan kepada yang lain.

Thursday, July 18, 2013

WAHAI PEMUDA INILAH JADUAL HARIAN KAMU!

Wahai Pemuda, ini pesanan Hassan Al-banna Untukmu! "Sudut paling merbahaya sekali pada sesuatu umat yang sedang membangun, terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan.. Iaitu lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin. Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju. Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi" Jadual Harian Seorang Muslim Di Bulan Ramadhan. 4.00 pagi Bangun Berdoa kepada ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian. 4.20 pagi Solat Sunat Taubat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepasAl-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa. Solat Sunat Tahajjud Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH. Solat Sunat Hajat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita. Solat Sunat Witir Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita. 5.00 pagi Makan Sahur - Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut. 5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari. 7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAHagar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkanrasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat. 10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha. Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia. Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrimmengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja. 12.45 tghr Bersiap untuk solat Zohor. Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA. 4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar. Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA. 5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!! 6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima. Apabila masuk waktu magrib. Bacalah doa dan berbuka : Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat. 8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya) , cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan) 11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhanyg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur. (IH)

Monday, July 8, 2013

TAHU KELEBIHAN TARAWIKH MERANGSANG MINDA UNTUK SERONOK MELAKUKANNYA

Kelebihan Solat Sunat Tarawih Ramadhan hampir menjelang. Apabila tiba bulan Ramadhan pasti kita teringat solat tarawih yang rajin sangat kita buat pada awal-awal minggu, dan semakin malas bila menjelang seminggu yang akhir. Sebab, dalam minggu-minggu akhir kita sibuk buat kuih raya, betul tak? Supaya kita lebih istiqamah saban tahun, mari kita ketahui kelebihan solat tarawih. KelebihanTarawih
Ertinya: “Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Muslim) Jadi, apabila kita telah ketahui kelebihan solat sunat tarawih ni, marilah sama2 kita saling mengingatkan apabila terlupa! Selamat beribadah kepada semua remaja & pemuda/pemudi muslim...