Thursday, October 10, 2013
IMAN SEEKOR SEMUT , WAHAI PEMUDA MARI KITA IKUT !
Kehebatan iman seekor semut
Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut, "Wahai semut , apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab: "Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku"...
Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya, "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?. Apakah yang engkau gemar makan dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan"...
Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah"...
Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong!. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa"...
Itulah Iman Sang Semut... Iman kita bagaimana pula?... apakah sehebat iman Sang Semut?... Ayuh kita renungkan....dan kongsikan kepada yang lain.
Saturday, July 27, 2013
Thursday, July 18, 2013
WAHAI PEMUDA INILAH JADUAL HARIAN KAMU!
Wahai Pemuda, ini pesanan Hassan Al-banna Untukmu!
"Sudut paling merbahaya sekali pada sesuatu umat yang sedang membangun, terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan.. Iaitu lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.
Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.
Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"
Jadual Harian Seorang Muslim Di Bulan Ramadhan.
4.00 pagi Bangun
Berdoa kepada ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
4.20 pagi Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepasAl-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 pagi Makan Sahur - Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAHagar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkanrasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha. Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrimmengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.
12.45 tghr Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!
6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk waktu magrib. Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.
8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya) , cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)
11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhanyg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.
Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur. (IH)
Monday, July 8, 2013
TAHU KELEBIHAN TARAWIKH MERANGSANG MINDA UNTUK SERONOK MELAKUKANNYA
Kelebihan Solat Sunat Tarawih
Ramadhan hampir menjelang. Apabila tiba bulan Ramadhan pasti kita teringat solat tarawih yang rajin sangat kita buat pada awal-awal minggu, dan semakin malas bila menjelang seminggu yang akhir. Sebab, dalam minggu-minggu akhir kita sibuk buat kuih raya, betul tak?
Supaya kita lebih istiqamah saban tahun, mari kita ketahui kelebihan solat tarawih.
KelebihanTarawih
Ertinya: “Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
(Hadis riwayat Muslim)
Jadi, apabila kita telah ketahui kelebihan solat sunat tarawih ni, marilah sama2 kita saling mengingatkan apabila terlupa!
Selamat beribadah kepada semua remaja & pemuda/pemudi muslim...
Thursday, July 4, 2013
Friday, June 21, 2013
GOTONG ROYONG DALAM ISLAM
Amal Jama’ie Dalam Mendidik dan Berbakti Sempena Gotong Royong Perdana HALUAN
Maha Suci Allah dan segalanya pujian hanya layak bagi Allah s.w.t. yang tidak henti-henti mencurahkan Rahmat dan Hidayah-Nya serta masih memberikan kita nikmat kehidupan dalam Islam dan Iman, berpeluang menghayati, memahami dan beramal Islam kerana Allah s.w.t. Selawat dan salam ke atas sumber teladan kita Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarganya, sahabat, tabi’in, tabi’ at-tabi’in, serta seluruh umat Islam.
Firman Allah s.w.t.:
“Dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”. (At-Taubah: 105)
Beramal merupakan suatu ibadah selagi bermatlamatkan kebaikan, kebajikan dan untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. dan kemuliaan Islam. Tambah pula sekiranya yang mendorong setiap amalan atau kerja itu adalah pendorong yang kuat, gagah, istiqamah dan menjamin keiltiza¬man iaitu dorongan iman, yang datang dari lubuk hati yang yakin kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya pendorong ini lebih bersih, suci dan dirasai nikmatnya oleh orang-orang mukmin kerana hakikat imanlah yang mendorong orang mukmin melakukan perintah-perintah Allah s.w.t.
Dari sudut syara’ tanggungjawab beramal dan bekerja untuk Islam adalah tanggungjawab ke atas fardi (individu) sepertimana kewajipan-kewajipan dan tanggungjawab-tanggungjawab syariat yang lain. Ganjaran pahala diberikan kepada individu yang melaksanakannya.
Firman Allah s.w.t.:
“Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, Maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri”. (Al-Israa': 7).
Namun seorang individu sahaja tidak mungkin dapat memikul tanggungjawab amal Islami bagi membangunkan cara hidup Islam yang syumul dan merupakan suatu tugas yang besar. Beramal secara bersama dan berkumpulan, tersusun dan bersistematik bagi mencapai suatu matlamat adalah lebih kuat dan berkat. Ini dinamakan sebagai amal jama’ie atau istilah umum yang biasa digunakan adalah gotong-royong. Manakala perlaksanakan amal atau kerja sememangnya lebih mudah dengan wujudnya institusi. Contohnya ibadah solat dapat dilaksanakan dengan wujudnya institusi masjid. Begitu juga dengan ibadah zakat dan haji yang mudah dilaksanakan dengan wujudnya institusi yang berkaitan.
Bertepatan dengan ini, suatu model yang boleh kita ambil ialah aktiviti Gotong-Royong Perdana Haluan-KTD di Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) yang mana KTD telah berperanan sebagai medan dan institusi bagi melaksanakan amal jama’ie yang telah dilakukan pada 7 November 2009, iaitu hari Sabtu. Perlaksanaan melalui institusi ini dapat dikawal dengan adanya ‘Lima Nilai Teras KTD’ yang berfungsi untuk merealisasikan objektif KTD dan dilaksanakan bersama oleh kakitangan KTD, pelajar dan ahli Haluan dari pelbagai negeri di Malaysia. Nilai teras yang dimaksudkan ialah:
1. Keimanan dan Ketakwaan Sebagai Tunjang
2. Akauntabiliti dan Integriti Dalam Melaksanakan Tugas
3. Sentiasa Proaktif Kreatif dan Inovatif Dalam Menghadapi Segala Cabaran dan Peluang
4. Kebersamaan dan Kesanggupan Berkorban
5. Keperihatinan dan Keutamaan Kepada Pelanggan
Program amal jama’ie ini menjadi platform bagi NGO seperti Haluan Malaysia untuk mengambil peluang bekerja atau beramal bukan untuk meraih ganjaran atau upah di dunia, sebaliknya untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Ini juga bertujuan bagi mendidik seluruh kakitangan KTD, pelajar dan ahli Haluan bagi menjayakan misi dan visi KTD di samping merealisasikan moto KTD iaitu Profesional, Beretika dan Berketerampilan. Selain itu program ini menjadi medan bagi melahirkan individu yang dapat bekerjasama, lengkap-melengkapi, bertanggungjawab, amanah, bersungguh-sungguh dan menjalin ikatan silaturahim sesama muslim.
Firman Allah s.w.t.:
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah …”
(Al-Maidah:2)
Sebagai salah seorang entiti dalam masyarakat terutamanya muslim, amalan ini seharusnya dilakukan dan diteruskan bagi menyahut saranan Allah s.w.t. iaitu bertolong-menolong dalam mengerjakan kebaikan dan bukanlah kepada perkara kerosakan iaitu dosa dan pelanggaran. Selain itu, Allah s.w.t. berfirman yang berbunyi:
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung”. (Ali Imran:104)
Menghayati ayat Allah s.w.t. ini, maka melaksanakan amal jama’ie ini merupakan suatu peluang merebut untuk menjadi orang-orang yang beruntung untuk melaksanakan apa yang Allah s.w.t. suruh dan meninggalkan apa yang Allah s.w.t. larang secara bersama-sama (amal jama’ie). Maksud ma'ruf iaitu segala perbuatan yang mendekatkan kita kepada Allah s.w.t. sedangkan munkar ialah segala perbuatan yang menjauhkan kita daripada-Nya. Caranya adalah dengan berusaha memperbaiki diri, mengajak orang lain kepada kebaikan dan melakukannya secara kolektif iaitu berkumpulan seperti yang dinyatakan dalam Surah Ali Imran ayat 104 tadi.
Manakala kaedah perlaksanaan menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar secara kolektif yang mengikut sunnah ialah dengan mewujudkan institusi di samping melakukan secara berkelompok, kerjasama, bergilir-gilir dan melengkapi atau istilah yang biasa digunakan ialah gotong-royong. Di samping itu dalam melaksanakan tindakan dan amalan yang dirancang, maka mestilah dipastikan agar setiap perkara itu dibolehkan di sisi Syara’ (berlandaskan al-Quran dan sunnah). Seterusnya niat kita juga mestilah ikhlas kerana Allah s.w.t. semata-mata, supaya terhindar daripada sifat-sifat syirik atau riya’.
Bagi memastikan keberkesanan ini, lakukanlah secara besungguh-sungguh iaitu berkerja keras, serius dan gigih. Kesungguhan itu akan lahir apabila kita memahami matlamat kita iaitu mencari keredhaan Allah s.w.t. dalam setiap amalan dan pekerjan yang ingin kita lakukan. Pengurusan yang kemas, pembahagian tugas yang baik dan penentuan bidang tugas yang jelas sangat perlu dalam melaksanakan amal jama’ie ini. Di samping itu juga juga perlunya kepada ketua atau pemimpin dan pekerja di samping cara perhubungan yang berkesan dan efisien antara kepimpinan dan perajurit/pekerja dalam memastikan kelancaran suatu amal yang dilakukan bagi mencapai matlamat yang diimpikan.
Al-Imam asy-Syahid Hassan al-Banna pernah menyatakan:
“...Dan kekuatan yang ada merupakan satu jalan yang terjamin. Alangkah cantik dan indahnya kekuatan bergandingan bahu dengan kebenaran. Kekuatan tanpa kebenaran akan hancur dan begitu juga kebenaran tanpa kekuatan juga akan hancur.”
Wallahua’lam.
Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman
Presiden HALUAN Malaysia
Friday, June 14, 2013
4 PERKARA YANG BAWA KEBAHAGIAN HIDUP !
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Empat unsur yang membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik & kenderaan yang menyenangkan hati”…
Manakala di dalam surah an-Nahl (80), Allah s.w.t. berfirman :”Allah menjadikan untuk rumah-rumah kamu sebagai tmpt yang menyenangkan”…
Subscribe to:
Posts (Atom)


