Sunday, September 12, 2010

SALAM EIDUL FITRI















Pemuda Masjid As-Salam mengucapkan Salam Eidul Fitri. Minal 'Aidin Wal Faizin Al Maqbulin.

Kullu 'Am Waantum Bikhair. Taqabbal Allahhu Minna Waminkum.

kepada semua Muslimin dan Muslimat, Pemuda Belia, Remaja dan Kanak-kanak. Semoga Syawal ini benar-benar melahirkan Mu'min yang BerTAQWA...
Sambutlah kemenangan dengan syari'at bukan adat . Buangkan amalan-amalan jahiliyyah dalam sambutan raya agar mendapat rahmat dan keberkatanNYA. Amin..

Pemuda Masjid As-Salam Bukit Sentosa

Thursday, September 2, 2010

JOM LEPAK DI MASJID


JUARA Imam Muda Asyraf (gambar) mengajak para remaja melepak dan menghabiskan masa masjid atau surau.
Memandangkan bulan Ramadan ini menuntut umat Islam mengerjakan solat terawih, bagi Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, tidak salah sekiranya remaja melepak di masjid atau surau berbanding di tempat lain.

Sekurang-kurangnya dengan mengajak remaja walaupun hanya duduk di tepi masjid atau surau, mampu meninggalkan kesan yang baik kepada mereka pada masa akan datang.

Mungkin dengan cara tersebut, para remaja akan terbuka hati untuk sama-sama melakukan solat dan mengimarahkan rumah ibadat.

Selepas memenangi program realiti kelolaan Astro Oasis dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu, Asyraf kembali menjalankan tugasnya sebagai imam di Masjid Desa Petaling, Kuala Lumpur.

Untuk bulan Ramadan ini, tugas imam muda yang berasal dari Sungai Gelugor, Pulau Pinang itu tidak hanya terikat di Masjid Desa Petaling sahaja sebaliknya dia akan ke beberapa masjid di dalam dan luar Kuala Lumpur.

Dia bukan sahaja dijemput untuk mengimamkan solat Maghrib, Isyak dan terawih malah ada juga sesetengah masjid yang menjemputnya berbuka puasa, menyampaikan tazkirah, qiamulail, serta kuliah Subuh dan Zohor.

Asyraf yang berpengalaman menjadi imam di Masjid Desa Petaling sejak Januari tahun ini akui tanggungjawabnya semakin mencabar namun dia akan cuba melakukan yang terbaik demi menggalas tugas sebagai imam.

“Insya-Allah, saya akan cuba menarik lebih ramai golongan muda ke masjid kerana kebiasaannya mereka hanya akan datang atas faktor tertentu.

“Saya rasa mulai sekarang, kita sepatutnya memberi peluang kepada golongan muda untuk melaksanakan tugas-tugas di masjid. Jangan membuat persepsi awal yang mereka tidak mampu melakukannya kerana dengan cara itu mereka akan rasa layak untuk menjadi orang masjid,” katanya yang mempunyai kontrak dengan Astro selama tiga bulan lagi.

Buat masa ini, dia akan terikat dengan beberapa aktiviti yang diatur oleh Astro. Barangkali selepas ini, dia bakal bergelar peniaga yang setakat ini sudah ada dalam perancangannya disamping menjawat jawatan imam dan guru tuisyen mengaji al-Quran dari rumah ke rumah.

Biar apa pun, sebelum berniaga, anak kedua dari lima beradik kepada pasangan Mohd Ridzuan Yusoff, 55, dan Robiah Bakar, 55, itu akan menamatkan pengajian peringkat Sarjananya di Universiti Malaya terlebih dahulu.

“Selepas selesai dengan Imam Muda, saya rasa kehidupan saya tidak terlalu berubah dengan drastik sebaliknya biasa-biasa sahaja. Tetapi apabila ke masjid, ada juga yang memberikan ucapan tahniah atas kemenangan saya dan menegur sapa.

“Bagaimanapun, apa yang lebih penting kepada saya selepas ini adalah untuk menjaga diri-sendiri kerana ramai ulama dan tokoh Islam yang memerhati serta memberikan nasihat kepada saya. Sekarang, pandangan orang terhadap saya terbahagi kepada dua iaitu bertanggungjawab sebagai imam dan imam muda,” beritahunya yang sudah berkahwin dengan Nurhusna Yusof, 23.

Sempena bulan Ramadan, Asyraf sempat berpesan kepada semua umat Islam agar menganggap bulan ini sebagai Ramadan yang terakhir dalam hidup kita.

Thursday, August 26, 2010

DARI CETUSAN MINDA PEMUDA

Ramadhan sering dikaitkan dengan puasa yg meletihkan. Lalu, timbullah mereka2 yg menjadikannya sebagai alasan untuk sesuatu kepetingan peribadi.. Oleh sebab itu, muncullah pelbagai pihak yg menyangkal dan dengan yakin dan tegas mengatakan, "Ramadhan lah bulan kita sepatutnya kuat! Takde alasan untuk kita lemah.. Nabi pun dulu perang Badar pada bulan Ramadhan..." dan seterusnya cakap2 mereka yg berapi2.. Namun, cakap2 itu sama sekali tidak membantu jika mereka tidak memberitahu bagaimana mahu kuat pada bulan Ramadhan.. Bagaimana? Puasa boleh kuat?

Saya bukan mahu menceritakan bagaimana mahu kuat lagi.. Tapi saya ingin "bercerita"..

Terdapatlah seorang pemuda ini.. Dengan izin Allah, 30 juz Al-QUr'an berjaya dihafalnya.. Ingat atau tidak, wallahua'alam.. Seperti kebanyakkan golongan sepertinya, bulan Ramadhan merupakan bulan yg mana mereka dapat menguji sejauh mana kelancaran dan manfaat mereka menghafal Qur'an.. Pemuda ini sedikit bertuah.. Telah diberi peluang berdiri menjadi imam Tarawih sejak berumur 14 tahun, usia yg sangat muda. Dan sebelum2 ini, dia langsung tiada masalah dalam menunjukkan prestasi dan kebolehannya.. Namun, tahun ini berlainan.. Minggu pertama seperti biasa, namun masuk minggu kedua, perasaan mengantuk menyerang dengan hebatnya menyebabkan prestasinya sedikit terganggu.. Dicubanya juga untuk melawan perasaan ngantuk itu, namun tiada boleh.. Mengapa? Tahun2 sebelum ini dia boleh saja seperti biasa, tapi tahun ini apa slack nya?

Cerita pertama akan bersambung.. Kita lihat kisah ke2..

Seperti tulisan sebelumnya, puasa dikatakan memberikan masalah kepada pemain bola sepak.. Mana taknya, 90 minit bermain di tengah padang bukanlah suatu yg senang dilakukan, hatta jika tidak berpuasa sekalipun.Namun begitu, 3 orang pemain kelab terkenal Sepanyol Real Madrid, iaitu Karim Benzema, Lassana Diarra, dan Mahmadou Diarra telah disahkan oleh doktor kelab masing2 bahawa mereka akan berpuasa pada bulan Ramadhan, sekalipun disuruh bermain full-time oleh jurulatih, Manuel Pellegrini. Maka, pada 7 Ramadhan, melangkahlah Lassana Diarra dan Karim Benzema selaku kesebelasan utama Real Madrid berlawan dgn Deportivo La Coruna.. Hasilnya........setelah 60 minit bermain dan keadaan seri 2-2, Lassana Diarra muncul dgn gol yg semua org patut meihatnya, extremely beautiful goal..

Akhirnya, dia menjadi hero setelah tamat permainan, Real Madrid 3-2 Deportivo..

Lain2 pemain Islam yg menjaringkan gol minggu ini:
-Nicholas Anelka, Chelsea (vs Burnley)

-Seydou Keita, Barcelona (vs Sporting Gijon)

Itu cerita ke2...Jadi apa faedahnya cerita ini?

Pemuda tadi yg hanya dilanda sedikit ujian utk menguji ketahanan di bulan Ramadhan yg mana ujian itu telah berjaya dihadapinya pada tahun2 sebelum ini, berbanding pemain2 bola muslim yg berjaya mencatatkan rekod cemerlang walaupun pada bulan Ramdhan.. Apa sebabnya?

Setelah dikorek2, sebab sang pemuda mengantuk hanyalah kerana pada tahun ini, dia akan menghadapi satu peperiksaan yg tidaklah besar mana, namun menyebabkan emosinya tertekan dan otaknya bekerja keras pada siang hari ketika pembelajaran yg akhirnya mengakibatkan mengantuk yg amat sangat ketika usaha mengumpul saham utk akhirat pd waktu malam.. Kisah ke2 pula menunjukkan pemain2 Islam yg hidup di tengah2 perhatian masyarakat dunia yg mahu menunjukkan kepada dunia bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan langsung tidak memberi kesan kepada prestasi permainan mereka.. Akhirnya, mereka menyerlah jauh dari yg biasa.

UCAPAN PEMUDA ASSALAM

Thursday, July 1, 2010

Remaja Masjid, Potensi yang Perlu Dioptimakan

Untuk memakmurkan masjid, ada potensi yang tak boleh diabaikan, yakni remaja masjid. ''Kewujudan remaja masjid sangat penting untuk memakmurkan masjid dan membentengi para remaja Muslim, khususnya yang tinggal di sekitar masjid,'' Siapakah yang dinamakan remaja masjid? Penjelasan ''Remaja masjid adalah sekumpulan remaja yang memakmurkan mesjid dan memberikan sumbangan secara langsung maupun tidak langsung bagi kelangsungandan kesinambungan dakwah di masjid dan sekitarnya,'' tuturnya.

Sewajarnya kewujudan remaja masjid sangat penting. Ada beberapa alasan yang dikemukakannya. Masa remaja adalah fasa atau peringkat pembentukan yang efektif dan efisien. Remaja masjid dapat memacu soliditas masyarakat untuk menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar. Remaja masjid merupakan 'entry point' yang tepat untuk perkembangan dakwah.

''Remaja masjid merupakan tabung pembinaan generasi muda yang berpengaruh positif terhadap akselerasi kebangkitan Islam,'' Masjid mempunyai banyak fungsi bagi remaja. Fungsi-fungsi tersebut antara lain fungsi keagamaan, pendidikan dan pembinaan, aktualisasi, informasi, dan sosialisasi.
Bertitiktolak dari pengalaman selama ini, kegiatan-kegiatan remaja masjid didapati sebaiknya meliputi pendidikan keislaman (kajian, baca tulis Alquran, dan tausiyah), dan pengembangan kreativiti (minat, bakat dan hobi). Diakui juga menyelia remaja masjid tidak selamanya mudah. Apalagi mereka merupakan individu-individu yang baru berkembang. Untuk itu beberapa tips untuk mengatasi masalah remaja masjid adalah diberikan di sini.

1. Fahami keperluan dan keadaan remaja.
2. Buat program kegiatan yang regular.
3. Meningkatkan kualiti dan pengetahuan anggota.
4. Pemberian amanah.
5. Pendekatan interpersonal. ''Kalau semua itu dilakukan dengan baik, insya Allah berbagai persoalan yang terjadi pada remaja masjid dapat diatasi dengan sebaik mungkin,''

Thursday, June 24, 2010

NO. 9 INGATAN UNTUK PEMUDA ISLAM

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1.Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2.Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3.Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4.Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5.Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6.Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7.Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8.Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9.Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10.Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

*Kejam dalam definisi Islam ialah apabila meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Jika bersikap tidak adil itu juga boleh dikira sebagai zalim.