Monday, November 17, 2014
Thursday, September 18, 2014
Wednesday, September 17, 2014
CITA-CITA TINGGI
Cita-cita Tinggi
Ada seorang alim bertanya anaknya, "Apa cita-cita mu?" Maka jawab anaknya, "Aku nak jadi macam ayah." Orang alim itu menangis, "Aku boleh jadi macam ni kerana cita-cita aku dulu nak jadi macam Saidina Ali RA, tapi aku tak mampu capai. Jika kau sekadar bercita-cita nak jadi macam aku, apa akan jadi pada kau?"
Briged al-Qassam di Pelestin yang sangat di geruni oleh tentera Zionis Israel itu tidak lagi bergantung kepada makhluk tapi bergantung semata-mata kepada Allah. Pernah di ceritakan mereka di kepung dan terperangkap dalam kubu bawah tanah selama 21 hari, namun masih dapat hidup dengan hanya sedikit bekalan air dan tamar. Cita-cita mereka ialah akhirat bukan lagi dunia.
Dalam kitab Ayyuhal Walad Imam Ghazali menyatakan, "Jadikanlah himah (cita-cita) mu dalam meningkatkan ruhani mu dan jadikan kegagalan itu pada pihak hawa nafsu mu."
Ayah kita dulu orang kampung biasa. Hidup susah. Namun himah ayah ialah untuk melihat anaknya besar nanti tidak menjalani nasib susah seperti dia. Cita-cita ayah tinggi, bukan singkat. Maka ayah hantar anak bersekolah, pantau anak dengan disiplin. Kini Alhamdulillah berkat himah ayah kita 50 tahun dulu, maka anaknya berjaya jadi manusia yang faham agama dan hakikat kehidupan ini.
Seseorang yang mempunyai himah yang tinggi, matlamatnya bukan dunia tetapi akhirat di alam ghaib itu. Pernah di ceritakan Imam Ali Zainal Abidin telah di cerca oleh seorang pemuda yang diupah oleh seorang kaya untuk membuatkan Imam Ali menjadi marah. Hinggakan anak murid Imam Ali cuba mengahalang pemuda berkenaan daripada menghina Imam Ali sebegitu rupa. Namun di tegah oleh Imam Ali, "Biarkan dia sehingga selesai sebut apa yang dia ingin luahkan."
Setelah pemuda itu selesai menghamburkan segala kata2 nista dan cercaannya maka Imam Ali pun berkata, "Segala yang engkau nyatakan itu tadi memang ada pada diri ku ini. Bahkan apa yang tersembunyi yang tidak engkau sebutkan tadi pun ada pada diri ku ini." Pemuda itu terkedu dan terus berkata, "Maka benarlah engkau ialah seorang daripada keturunan Nabi SAW." Himah Imam Ali Zainal Abidin begitu jauh sekali dan tergambar pada reaksi dan responnya kepada pemuda itu. Sebab itu mereka ini boleh menarik manusia dekat kepada Allah.
Sayangnya cita-cita dan matlamat kita singkat dan dekat. Himah yang tinggi ialah untuk mencari redha Allah. Pada hakikatnya makhluk tidak dapat bagi apa pun. Ciri-ciri orang beriman ialah memiliki matlamat akhirat, perkara ghaib, syurga, pahala dengan mematuhi perintah Allah mematuhi ajaran Rasulullah SAW.
Pada situasi di puji oleh seseorang, dia tidak merasa kebaikan itu ada pada dirinya. Maka jawablah, "Ameen." Kerana tidak yakin benda yang di puji tadi ada pada diri aku, mudah-mudahan Allah kurnia apa yang di puji itu.
Orang yang bodoh ialah terima sesuatu pada sangkaan seseorang, pada diri yang yakin akan dirinya. Tuan rumah lebih mengetahui isi rumahnya. Maksudnya tuan empunya diri lebih tahu hakikat sebenar dirinya. Bahawa dia sebenarnya tidak layak pun menerima pujian orang terhadapnya. Orang puji dia alim sedangkan dirinya yakin benar bahawa dirinya bukanlah alim pun. Orang puji, " Tuan ni penyabar orangnya." Sedangkan dia tahu bahwa diri nya bukanlah penyabar mana pun. Orang yang yakin akan dirinya tidak sanggup menerima pujian makhluk ke atas dirinya. Segala akhlak sabar itu contohnya adalah hasil ajaran Nabi SAW.
Adakah kita rasa benar-benar alim atau sabar? Himahnya untuk dapat pujian manusia? Jawablah Ameen pada setiap pujian itu. Tidak pernah yakin mereka ada kebaikan itu. Kalau ada pun, itu datang hasil ajaran Nabi SAW. Jika tidak Nabi SAW ajar aku akhlak sabar ini nescaya aku tidak kenal akhlak sabar ini. Lihat sesuatu yang ghaib, harap habuan daripada Allah, cinta Allah.
Jadikan kegagalan itu di pihak hawa nafsu mu. Ada kisah seorang ulama. Suatu pagi dia berhajat untuk makan roti dan telor. Maka dia menaiki kapal untuk mencari roti dan telor. Asbab wajahnya yang mirip seorang penyamun wanted list, maka orang ramai telah menangkapnya dan memukulnya tanpa belas kasihan. Dia tidak melawan sehingga menerima 70 pukulan sehingga ada seorang pemuda yang mengenali ulama ini dan menyatakan bahawa beliau bukan penyamun seperti di sangkakan tetapi seorang ulama besar (kalau tak silap namanya Abu Buraq al Ansafi}.
Pemuda tadi telah membawa ulama tadi ke rumahnya untuk di rawat dan berehat. Pemuda itu telah menghidangkan ulama itu roti dan telor. Ulama tadi merenung hidangan itu, "Makanlah wahai nafsu, setelah badan mu di pukul 70x." Dia nampak Allah pada setiap kejadian seolahnya Allah menegur bahawa engkau keluar rumah mencari roti dan telor itu kerana melayan nafsu mu dan lupa kepada Allah.
Ada seorang ulama (kalau tak silap bernama Abu Hemal as Kalani) ingin makan ikan siakap, maka dia pun masuk ke sebuah restoran dan memesan makanannya. Tika hendak menjamah hidangan ikan siakap itu, jarinya sudah tercucuk tulang ikan itu. "Ya nafsi, kau tengoklah aku nak makan rezki yang halal, tapi aku buat sesuatu mengikut nafsu maka Allah segera menegur aku." Bagaimana agaknya Allah hukum kepada sesuatu perkara yang haram?
Seorang perempuan berkahwin dengan orang kaya. Apakah dia sekadar mahu kekayaan orang itu sahaja? Atau di ingin keberadaan bersamanya suaminya? Jika bercinta dengan seseoarang sudah tentu kita ingin berjumpanya secara nyata. Bukan hanya bertemu di dalam mimpi atau dalam whatsapp sahaja.
Jika cintakan Rasul SAW maka bercita-citalah untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW di akhirat nanti. Lakukan segala sunnah dan ajaran Rasullah SAW dalam kehidupan di dunia ini. Ini tidak? Bercita-cita bertemu Rasulullah SAW dalam mimpi pun tidak? Himah yang tinggi, cita-cita yang jauh ke depan hingga ke akhirat sana.
Nafsu sifatnya ialah mencapai lazat dengan segera. Maka jadikan kegagalan itu di pihak hawa nafsu mu. Maksudnya kehendak hawa nafsu ini mesti di lawan. Pabila terjaga mendengar azan subuh di laungkan di surau berdekatan, nafsu menyuruh tangan menarik selimut. Usahakan supaya hawa nafsu itu menemui kegagalan. Bangkit dari katil, bangun ke bilik air dan bersiap ke surau. Lawan nafsu tadi. Jadikan kegagalan itu milik nafsu.
Allah bagi dunia bagi orang yang dipilihnya. Tidak semua orang mendapat dunia. Rugi kalau kita tidak termasuk dalam kumpulan itu, sedangkan kita bertungkus lumus mengejar dunia hingga tidak upaya untuk ke masjid, leka daripada amal ibadah. Dunia melepas, akhirat juga melepas. At least orang yang yang dalam kumpulan dunia tadi dapat dunia yang di carinya walaupun tersiksa di akhirat nanti.
Bila manusia dapat kenal kaca? Iaitu bila pecah gelasnya. Allah akan bersama dengan hati yang fakir, hati yang kebergantungan hanya kepada Allah. Selagi ada aku aku aku punya, maka selagi itu hati akan terhijab dari mengenal Allah. Bila hati pecah maka baru kenal Allah. Kaya ini milik Allah. Diri ini milik Allah. Rumah ini milik Allah. Sihat ini milik Allah. Semuanya Allah Allah Allah. Aku Aku Aku itu ialah permainan syaitan laknatullah yang sepanjang masa akan menyesatkan manusia daripda taat kepada Allah.
Sebagai kesimpulan daripada posting yang saya garapkan daripada satu sesi kuliah subuh yang di sampaikan oleh guru saya Ust Hafizi Husin semalam, perkasakan ruhani kita dengan melawan dan tidak melayan kehendak dan kerenah hawa nafsu, dengan cita-cita yang bukan dekat atau singkat tetapi jauh menjangkau ke alam ghaib iaitu alam akhirat yang menjanjikan kehidupan yang kekal abadi itu. Semoga perkongsian ini ada manfaatnya.
Sunday, June 29, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)