Tuesday, May 27, 2014

BERILAH SEEKOR IKAN KEPADA KUCING APA SALAHNYA!

Muhasabah diri. Kena banyak hidupkan sunnah Nabi. Barang siapa hidupkan sunnah Nabi di kala rusaknya umat Nabi, ganjarannya seumpama pahala 1,000 orang mati syahid. Simpan janggut bagi lelaki itu sunnah Nabi, maka hidupkan sunnah Nabi ini. Pakai kasut mula dengan kaki kanan. Bukak kasut mulakan dengan kaki kiri. Hidupkan sunnah Nabi. Orang Yahudi telah hidupkan sunnah dengan mengamalkan memakan habattus saudah, madu dan susu kambing. Tapi kita orang Islam macamana? Rasanya kita selalu mengalami pengalaman bila tengah makan di restoran atau kat kantin syarikat, tiba2 datang kucing bergesel di kaki sambil mengiau. Kenapa tu? Kerana dia lapar. Macam kita jugak. Apa tindakan anda? Menempis dengan tangan? Menyepak dengan kaki atau biarkan saja? Ramai yang kesian dan memberi kucing itu sisa makanan atau tulang2 ikan. Yang lebih afdal sebenarnya ialah membeli seekor ikan goreng, mungkin harganya RM2 seekor dan sedekahkan kepada kucing itu supaya dia dapat lunch atau dinner dengan kenyang. Niat sedekah RM2 itu kepada kucing tadi kerana Allah. Semoga sedekah ikan kepada kucing itu mendapat nilaiannya di sisi Allah sebagai sedekah anda yang ikhlas. Think about it and just do it. Allah bagi rezki RM5,000 sebulan. Takkan lah nak sedekah RM2 kepada seekor kucing yang kelaparan itu pun rasa berat. Jangan kufur nikmat. Takut nanti Allah tarik balik nikmat itu. Kalau rajin bersedekah maka Allah akan gandakan lagi rezki kita insyaaAllah. Hari2 kita mari masjid. Pernah ajak tak jiran kita mari masjid? Ajak itu ialah dakwah. Dia mari ke tak mari itu bukan kerja kita. Tapi jangan jemu ajak. Jangan sekali ajak pastu bila tiada sambutan terus berhenti mengajak. Ajak berterusan. Kapalterbang MH370 hilang daripada radar dan gagal di kesan hingga ke hari ini, sudah masuk dua bulan kehilangannya tanpa khabar berita. Kapalterbang hilang daripada radar kenapa kecoh? Orang Islam hilang daripada radar Islam kenapa tak kecoh? Radar kita ialah al-Qur'an dan Hadis Rasulullah. Jalan kita ialah taqwa. Orang Islam hari ini sangat ramai hilang daripada radar dan gagal di kesan. Nabi yang maksum solat malam sampai bengkak2 kaki. Nabi yang maksum istighfarnya 1,000 kali sehari. Kita pulak bagaimana? Relax sahaja sedangkan kita tidak maksum, banyak maksiat dan dosa. Kalau di Padang Mahsyar besok kita begitu mengharap syafaat Nabi, rasa2nya ada harapan tak? Muhasabah diri. Kena banyak hidupkan sunnah Nabi, kalau benar kita mengharap syafaat Nabi tika tiada pertolongan lain di kala manusia dihimpun di Padang Mahsyar yang penuh derita itu. Sunnah besar Nabi ialah menyampaikan dakwah menyeru manusia ke jalan Allah. Sifat wajib bagi Nabi ialah siddiq (benar), amanah (jujur), fatonah (bijak) dan tabligh (menyampaikan). Lelaki haram pakai rantai logam. Bagitau anak2 muda kita perihal larangan Allah ini. Ramai lagi di luar sana wanita dan lelaki yang tidak menutut aurat. Aurat bukan kes kecil. Isu aurat ini boleh lekat kes di mahkamah Allah dan menjadi asbab seseorang di heret ke api neraka Allah. Jangan pandang mudah. Syabas dan tahniah kerana telah dipilih Allah untuk duduk di majlis2 ilmu. Kenapa tak bawak sekali anak2 dan isteri? Itu nafkah batin untuk mereka sebenarnya. Makanan ruhani. Jangan menumpukan kepada nafkah zahir dan makanan jasad semata. Jangan fikir nafkah batin itu sekadar persetubuhan suami isteri sahaja. Memberi pendidikan fardu ain kepada anak2 dan isteri itu hukumnya wajib. Jika ada majlis ilmu fardu ain dan kita tidak hadir tanpa uzur syarii (emergency) maka hukumnya berdosa. Jangan main2. Menuntut ilmu agama itu wajib bagi setiap batang tubuh seorang muslim. Maksudnya suami wajib menuntut ilmu agama, isteri wajib menuntut ilmu, setiap anak2 pun hukumnya wajib menuntut ilmu. Ilmu Allah terlalu luas. Allah telah mengutuskan 313 Rasul dan 124,000 para Nabi untuk menyampikan ilmu Allah kepada umat manusia seluruh dunia. Bilangan malaikat pula sebanyak bilangan pasir di pantai dan mereka tidak pernah mati. Pasanglah niat mulai hari ini, "Aku nak menuntut ilmu agama." Sentiasa beri peringatan untuk diri sendiri bahawa menuntut ilmu itu wajib. Semoga mati kita dalam menuntut ilmu. Syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan ini. Berusha kuat untuk gandakan amalan kita ini bagi mencapai makam taqwa. Taqwa ini ialah bekalan terbaik yang akan dibawa mengadap Allah nanti. Setiap yang hidup akan mati. Beza mati kita bukan macam mati itek, ayam, lembu atau kambing tetapi mati seorang manusia itu ialah permulaan hidup baru yang kekal abadi selamanya. Akhirat itu forever tanpa penghujungnya. Dunia ini sebagai tempat persinggahan untuk ke Akhirat. Allah uji kita di dunia ini. Allah larang sedikit sahaja. Sedangkan yang Allah tak larang, tu dia sikit punya banyak. Allah larang anjing, babi, judi, zina, arak. Tugasan manusia ialah sebagai khalifah di muka bumi ini. Menjadi ketua yang hidup selepas Nabi SAW, beramal akan sunnah Nabi dan menyampaikan sunnah Nabi. Definasi sunnah mengikut bahasa ialah jalan. Solat pula ialah doa, dan pada definasinya ialah sesuatu perbuatan atau perlakuan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan memberi salam mengikut syarat2 yang tertentu. Jangan sombong dengan Allah. Wajib duduk di majlis2 ilmu. Allah bagi undang2 siap dan lengkap untuk manusia ikuti. Hudud ialah satu ketetapan bukan satu pilihan yang boleh di buat main. Kita terima Islam tapi secara sebahagian, tidak total. Kena patuh segala perintah Allah baru jadi total dan menyeluruh. Terdapat kira2 1,000 ayat perintah di dalam al-Qur'an. Wajib sokong hudud. Kita bukan buat suka2. Ada dalilnya. Sesiapa yang tidak sokong hudud boleh jatuh murtad. Sunnah utama ialah menuntut ilmu. Hukum menuntut ilmu agama itu wajib. Supaya kita faham agama. Ilmu kena dengar, hayati dan fahami. Amal dan sebarkan. Menutut ilmu ialah sunnah wajib. Pabila sudah faham ilmu dan maknanya, maka sedekah ikan kepada kucing bernama Pak Tam itu bukan perkara pelik lagi. Kerana sedekah itu ialah perlakuan orang beriman yang faham dan menghayati agama dalam kehidupan.

Wednesday, May 7, 2014

HIDUPKAN SUNNAH WAHAI PEMUDA