Sunday, January 26, 2014

PASUKAN PEMUDA ASSALAM MENYERTAI KEJOHANAN FUTSAL REMAJA ANTARA MASJID

Alhamdulillah Masjid Assalam sedia dan telah membuka ruang selain aktiviti ibadah malah dalam aktiviti riadah untuk kesihatan dan mengujudkan ukhuwah antara remaja masjid dengan remaja masjid yang lain amat dialu-alukan. Minggu ini remaja dan pemuda anak-anak kariah Masjid AsSalam telah memberi peluang dan galakkan bermain futsal dalam kejohanan Futsal Belia Masjid Daerah Hulu Selangor anjuran Unit Pengurusan Masjid Daerah Hulu Selangor pada 26/1/2014.Dilaporkan Pasukan mewakili Masjid AsSalam dalam perlawanan pertama telah mengalahkan pasukan Masjid Batangkali 2 : 0 manakala perlawanan ke 2 kalah kepada Masjid Soeharto 0:5 dan kalah perlawanan ke 3 dengan Masjid Sg, Buaya 1:3

Friday, January 10, 2014

JADILAH SEBAGAI ORANG ATAU MANUSIA !

Allah nilai keikhlasan amal seseorang. Allah tak terima amal orang yang tak ikhlas. Maka berikan yang terbaik. Habil anak Nabi Adam telah mempersembahkan seekor binatang peliharaannya yang paling sihat dan gemuk sebagai korbannya dan Allah telah menerima korbannya itu. Berbanding dengan persembahan korban Qabil yang bermutu picisan. Jika kita ingin bersedekah atau menderma maka berilah yang terbaik dengan ikhlas, bukan menggunakannya sebagai peluang untuk clear stor. Kita beri barang yang kita tak nak? Seolahnya tidak ikhlas dengan Allah. Bantu orang susah dengan barang baru bukan barang 2nd hand. Bantu duit tiada masalah kalau nak bagi duit 2nd hand keran nilainya masih tetap sama. Kita derma kepada anak yatim itu pada hakikatnya kita beri kepada Allah. Maka pastikan ikhlas dan beri yang terbaik. Tujuan amal ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah, untuk mendapatkan redha Allah. Allah terima doa daripada orang2 yg bertakwa. Abu Darda RA berkata kalau aku solat dan aku rasa Allah terima, itulah yang paling baik daripada seisi dunia. Orang bertakwa ialah orang yang memberati amal dia Allah terima. Rajin2lah berdoa, "Ya Allah, tolong terima amal aku ini." Bukan semua amal Allah terima. Justru kenalah beringat dengan amal yang kita buat dan gantung harap agar Allah terima. Persoalan amalnya diterima atau tidak diterima menjadi perhatian yang amat diambil kira bagi orang yang beriman. Cuba perhatikan segala nikmat yang Allah kurniakan. Nescaya tidak terhitung banyaknya. Nikmat makan nikmat buang air nikmat tidur. Macam2 nikamt ada. Semua ini adalah asbab untuk kita mengenal Allah. Kerana Allah pemilik segalanya ini. Kita tidak miliki apa2. Semuanya Allah punya. Kekayaan yang ada hanya wasilah bukan matlamat. Akal juga wasilah untuk mengenal Allah. Allah hiasi manusia dengan akal free of charge. Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan kamu tidak mengenal sesuatu pun. Sebijak mana pun manusia melalui akal yang hebat tidak boleh mengatasi Allah. Setiap produk atau teknologi ciptaan manusia akan pasti ada kelemahan dan kekurangannya. Bijak mana pun sekadar kurniaan Allah. Membuktikan adanya Allah dan hebatnya Allah. Islam mengalakkan umatnya jadi orang kaya. Orang kaya dapat keluarkan zakat. Jangan seperti Qorun iaitu seorang pengikut Nabi Musa yang mintak nak kaya tapi bila kaya lupa Allah, angkuh mengatakan kekayaan aku ini milik usaha kuat aku. Akhirnya Qorun dimusnahkan bersama hartanya ditelan bumi. Manusia berlumba nak kesenanagan, berangan-angan nak dapat apa yang Allah beri pada Qorun. Orang kaya bantu orang miskin. Orang miskin kena kerja dengan orang kaya. Usah bergantung kepada kerajaan, bantu-membantu. Kekayaan yang ada mesti diagih untuk kepentingan bersama. Nak sambung kerja sampai umur 60 tahun sebab nak bayar hutang yang belum habis-habis. Itu tak kena. Kamu tolong Allah nescaya Allah tolong kamu. Hiduplah berpada. Usah berhutang lagi. Cuba lihat sistem sekolah anak2 kita. Masuk kelas pukul 1:00 tgh. Tak sempat solat zohor lagi sebab zohor masuk pukul 1:23 tgh. Ada cikgu mintak budak2 pergi solat zohor? Ada kawan saya membekalkan sejadah dalam beg anaknya supaya dapat solat dalam kelas. Bila dia tanya cikgu kenapa tak suruh budak2 ni solat, cikgu tu menjawab, "Kita wajibkan untuk pelajar2 darjah empat ke atas." Balik sekolah pukul 6:00 ptg. Kalau balik naik bas sekolah, dah maghrib baru sampai rumah. Ada solat asar? Itulah hakikatnya betapa anak2 kita majoritinya tidak solat pun. Sepatutnya sistem sekolah ni kena atur awal2 lagi soal solat ini. Sebagai bapa kena perhatikan, kalau anak aku ni tak jadi orang maka berhentikan daripada sekolah itu dan hantarlah belajar di sekolah2 tahfiz. Apa maksud anak aku tak jadi orang? Maksudnya anak aku tak solat. Itu tanda anak dah tak jadi orang. Kenapa teruskan dalam satu sistem yang tidak menjadikan anak kita seorang orang. Seorang hamba Allah yang taat pada Penciptanya. Kena betulkan awal, kalau terlambat payah untuk melentur anak2 kita ini. Allah bagi ilmu. Ilmu yang paling besar ialah taat pada Allah. Ingat kita ini sakit pun mati, tak sakit pun mati, sihat pun mati, tak sihat pun mati. Kena nilai balik. Bukan tunduk kepada makhluk tetapi tunduklah kepada Pencipta makhluk. Makhluk dapat kurniaan Allah, maka tunduk kepada pemberi kurniaan. Pastikan sebelum mati, dapat masuk syurga dulu. Iaitu pastikan taat kepada Allah. Bagi orang yang beriman, dia tidak pelik dengan kekayaan Qorun. Orang beriman lebih tenang tengok isterinya, lebih tenang tengok anak2nya yang taat kepada Allah. Makin tua makin nak beribadah makin rasa tenang. Berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabarann. Jadi orang yang beriman dan beramal soleh. Kekal di jalan yang lurus menuju redha Allah. Jadi orang. @@@